SEMANGAT BARU, NIAT BARU UNTUK PERMULAAN YANG LEBIH BAIK

 Assalamualaikum wmt wbt,

TITIK PERMULAAN TAHUN 2025

Sangat lama aku tak perasan sebenarnya aku ada blogspot aku sendiri. Cuma tahun Jun 2025 ini, aku rasakan semangat baru untuk aku abadikan semua pengalaman bersama keluarga aku yang tersayang di dalam blogspot aku dan semua pengalaman mencari diri aku sendiri. Mungkin peristiwa yang mencetuskan fenomena seluruh Malaysia tanggal 9 Jun 2025 melibatkan 45 pelajar UPSI dimana 14 daripadanya kembali ke Rahmatullah, membuatkan aku banyak berfikir dan mencari diri aku sebenar antara faktor permulaan. Then, ada juga faktor tambahan lain yang menjadi rahsia aku dan Allah (yang aku sentiasa kongsikan dengan suami aku) menyebabkan aku mencari arah kehidupan aku saat ini.

Syukur tak terhingga aku panjatkan kepada Allah, Maha Pencipta membuatkan hati aku mencari Dia. Aku terlalu lama dalam kegelapan dan tertanya-tanya apa tujuan kehidupan aku disini. Akhirnya, Dia memujuk ku pulang ke arahNya dengan cara yang sangat halus membuatkan hati aku terus tak mahu menoleh lagi ke belakang. Aku yakin, ini yang aku cari. Aku mula menerima jawapan demi jawapan. Semuanya dengan berkat Rahmat kasih sayangNya yang tak pernah putus kepada aku. Terima kasih Allah...atas semuanya. 

*Al-Fatihah (dibaca kepada Allahyarham dan Allahyarhamah pelajar-pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan pulang ke kampus menaiki bas pada 9 Jun 2025. Sesungguhnya kita semua adalah milikNYa.


JAWAPAN DEMI JAWAPAN

Tahun 2025 merupakan tahun paling menduga hati aku. Aku rasa tahun ini memberi aku pukulan keras di dalam kehidupan aku, malah hati dan fikiran aku. Aku tak terasa ingin menceritakan peristiwa ini di dalam blog aku, cukuplah sekadar aku, suami & hanya Allah yang tahu. Pada awalnya aku memang terasa beban yang berat aku tanggung akibat perkara itu. Namun, titik permulaan pada perkara itulah, aku mencari Dia. Akhirnya.....

Perkara yang aku tunggu sangat-sangat untuk ianya berlaku, Allah berikan dengan cara halus menarik hatiku kembali ke arah Dia yang setia, kekal menanti hambaNya kembali. Kasih sayangNya Maha Dalam, Maha Tinggi, Maha Lembut. Demi Allah, aku doakan perasaan ini terus kekal dalam diri aku dan Allah kurniakan kepada suami, anak-anakku, malah seluruh keluargaku dan orang-orang baik yang berlembut dengan ku yang aku temui disepanjang perjalanan kehidupan ini. Aamiin Yaa Rabbal 'Alamiin....

Pukulan peristiwa itu membuat aku mencari setiap jawapan kenapa, mengapa, bagaimana, punca segalanya. Percaya tak? Setiap soalan yang membenakkan fikiran aku itu, aku temui terang-terang dalam mukjizat Dia, iaitu Al-Quran. Subhanallah...kenapa selama ini mata hatiku tertutup? Semua persoalan tu dah Dia jawab. Tinggal untuk kita cari, faham, dalami, hayati dan fikirkan. Astaghfirullah...ampunkan aku Ya Allah...

*Kalau kita betul-betul hayati, kadang-kadang kita boleh rasakan seperti Allah 'berkata-kata' dengan kita. Itulah mukjizat Al-Quran, kalam Allah.

Setiap kali jawapan aku di'jawab' Allah melalui KalamNya iaitu Al-Quran, aku terasa bulu romaku merinding (ternaik) dan jiwa semakin nak tahu lebih. Lagi diselam, lagi banyak yang aku temui. Ianya tidak berpenghujung. Masya Allah...HambaMu bersyukur Ya Allah, dan tetapkan hati, jiwa, fikiran, roh ini terus dijalanMu. Kurniakan perasaan ini juga Ya Allah, kepada suami, anak-anak, keluarga tercinta dan mereka yang kukenali dan berbuat baik kepada kami. Aamin Ya Allah...

Amalkan Al-Mulk sebelum tidur. Percayalah, semuanya akan lebih baik. Dalam ayat ke 15:-

Ertinya: Dan Dialah (Allah) yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.

Aku tak berapa pandai nak menghuraikan ayat-ayat Al-Quran, tapi aku faham melalui bacaan dan hasil google yang aku cari dan tak terkecuali menggunakan chatgpt sebagai tambahan. Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bertebaranlah manusia dimuka bumi, diseluruh pelusuk dunia Allah ini, explore atau hayati setiap ceruk tempat yang diciptakanNya untuk manfaat manusia dan makanlah rezeki yang ada. Mungkin dengan cara ini, manusia akan lebih dekat kepadaNya dengan berfikir betapa indahnya dunia yang Allah ciptakan ini tanpa ada sebarang cacat cela. Subhanallah...Maha Suci Allah.

PERCUTIAN TAK DIRANCANG PADA 27 JUN 2025 / 1 MUHARAM 1447H 

Aku sekeluarga memang bersyukur sebab kami sekeluarga berkongsi minat yang sama terutama dalam perkara berkaitan percutian, tempat untuk kami explore dan segala aktiviti yang kami buat dalam tempoh itu. Banyak tempat dan gambar untuk aku kongsikan dalam blog ini, yang aku rasakan tempat paling sesuai aku meluah rasa aku saat bersama keluarga tercinta. Moga ia menjadi bacaan kepada mereka yang mungkin mempunyai citarasa sama seperti aku. Mana tahu...ada...hehehehe. Mungkin yang lepas-lepas tu, aku just sharing juga. Untuk aku abadikan semuanya dalam blog ini, dengan harapan yang baik dapat memberi manfaat kepada pembaca, yang buruk adalah datang pada diriku sendiri. 

Asalnya, kami memang buang niat je untuk camping jauh sikit dari Melaka. Peralatan camping adalah sikit-sikit dan taklah complete macam campers lain yang dah pro. Tapi asas tu adalah. Selalunya kami just buka khemah dekat laman rumah kami je. Tapi tak pernah lah bermalam. Just lepak-lepak minum kopi atau nescafe dan chit-chat sesama keluarga. Seronok juga, tapi feel camping tu tak adalah. 

Cumanya awal minggu tu, kami sembang anak beranak dan tercetus idea nak try camping for real. Means kalini memang nak tidur dalam khemah, buat bbq dan main masak-masak, mandi sungai. Ada juga plan nak ke Redang, Terengganu (spot favorite kami sekeluarga), tapi bila tengok ramalan cuaca dalam MSN weather, & few others apps, tarikh tu memang hujan pada petang hari and tak sesuai untuk aktiviti laut. Jadi, plan camping memang first choice kami sekeluarga. Ada juga nak try ke Perlis dan Kedah, tapi tulah, bila Allah dah tetapkan tarikh tu kami ke Pahang, ia tetap terjadi juga. Macam lagu Naim Daniel ngan Ustaz Adnin Roslan tu "Berdamai Dengan Takdir" part chorusnya 'Jika Kau Milikku, Kau Milikku'.

Dalam pada masa tu, kami survey juga beberapa chalet lain dan tapak perkhemahan lain. Mana tahu kalau-kalau ada yang lebih menarik. Sebelum ini, kami pernah cuba di Chalet Pak Teh, Pahang dan tempatnya jauh sedikit dari akses keperluan asas. Cumanya viewnya memang masuk ke pedalaman sikit dan pastinya nature masih cantik. Kali ni, encik suami try google dan terjumpa dengan Chalet Pak Man, Raub Pahang. Bila tengok google review, ramai yang bagi 5 bintang dan melalui gambar, memang cantik sangat. So, aku pula ditugaskan untuk call owner dan selepas bertanya pada owner, the day nak pergi tu, punya concernnya owner tu, dia call kami semula untuk pastikan kami betul-betul nak datang atau tak. Then, suami terus stick pada decision untuk cuba Pak Man Chalet.

Dipendekkan cerita, tarikh 27 Jun 2025 bersamaan 1 Muharam 1447H, kami sekeluarga, iaitu aku, suami, 2 orang anak perempuan aku dan seorang adik perempuan aku terus ke Pahang. Sesi memenuhkan barangan camping sampai aku rasa tak muat dah Alza suami. Nak rasa sangat, kami jadikan juga!

8.00 pagi kami semua dah bertolak dari Melaka terus ke Pahang. Kami berhenti makan sarapan terlebih dahulu di warung nenek & atuk di Tanjong Minyak, Melaka pekena nescafe dan roti canai. Dah kenyang, kami teruskan tujuan. Laluan Lebuhraya Karak - Tampin jadi pilihan sebab kami sekeluarga tak suka pada traffic jam dan tol. Jadi ikut jalan lama, dapat juga mata melihat-lihat kampung orang dan suasana penempatan perkampungan. Memang tak bosan.

2.00 tengahari, kami dah sampai ke destinasi. Rasa macam cepat pula. Sampai je, mata kami semua terus terarah ke laman yang bersih dan lapang. Ditambah aliran sungai yang tak deras, tak perlahan lagi menarik-narik kaki kami ke arah tapak perkhemahan tu. Kebetulan, anak owner tapak tu, masih belum sampai jadi kami tinjau-tinjau dulu kawasan. Sempat bergambar dengan buaian yang digantung di sebatang pokok di tengah laman. So, feel tu kami dah mula rasa seronok. Tengah syok bergambar, tiba-tiba je seorang pakcik turun dari atas jalan turun ke tapak perkhemahan kami sambil tersenyum bertanya "Mana orang Melaka yang nak datang tu?". Nampak mesra dan ramah orangnya menyambut kami. 

 101 A, Kampung Batu Malim, 27610 Raub, Pahang


*View dari atas tapak perkhemahan. 
Sumber: Google


*Pondok biru berlangsir tu dijadikan surau. Belakang surau ada bilik mandi dan bilik air untuk kegunaan pengunjung membersihkan diri

*Pangkin dari buluh yang dibina sendiri oleh owner. 
Sumber: Google


*Seronok bergambar bila Encik Suami jadi photographer...rupanya dalam diam anak candid gambar kami berdua. Tapak khemah siapa ada buaian digantung pada pokok buahan

Sesi berkenalan dengan pemilik tanah, Pak Man yang baik hati menyemarakkan rasa camping tu lagi. Sambil-sambil kami pasang dah khemah dan keluarkan semua barangan dari dalam kereta ke tapak khemah. Meja berkanopi dari kayu dan buluh memang dah tersedia dan kami just pilih lokasi tapak je untuk pasang khemah. Hampir sejam lebih, anak Pak Mak, (Mirul) yang membantu menguruskan sewaan chalet dan tapak di tanah bapanya sampai. Pun ramah macam bapanya, dan sangat prihatin dengan keperluan kami. Jadi kami rasa secured dan selesa sangat. Even set karaoke pun owner bagi pakai je utk kami pusingkan lagu-lagu meriahkan suasana. Kita orang je siput-siput nak berkarok, almaklumlah first time...hahahaha

Dah setting untuk BBQ dan makanan semua dah kami susun atas meja yang sedia ada dekat tapak, masak BBQ kambing bakar, satay bakar dan air kopi panas. Dapat le kita orang semua makan sekejap lagi, memandangkan perut pun dah lapar. Lepas solat selesai semua, kami terus cicah kaki ke sungai di bawah yang memanggil-manggil kami. Memang tenang sangat suasana perkhemahan kami. Owner kejap-kejap datang dan bertanya sebarang keperluan yang mungkin diperlukan oleh kami. Memang service Homestay & Chalet Pak Man Raub, Pahang the best!.

*Encik Suami lepak santai 

*Sate bakar & kambing bakar 

*Ni pun candid Encik Suami aku

Penat bermain air, makan, turun balik main air, makan sampailah maghrib, kami berehat dan bersihkan diri untuk malam pula. Malam tu, kami makan-makan lagi, sambil buat air panas dan terus karaoke lepas waktu maghrib. Semua cuba bakat masing-masing. Kelakarnya, kami menyanyi macam berbisik...haahhahaha...masing-masing malu nak tunjuk suara masing-masing. Maklumlah...first time...

Lagi satu kredit untuk camping site Pak Man ni, apa yang buat kami sangat selesa adalah, akses untuk dapatkan keperluan seperti ais, arang bakar, telur ayam, dan semua barangan makanan ada berdekatan, sebab tak sampai 5 minit berjalan kaki ke depan jalan, dah ada 2 biji kedai runcit complete tau barangan keperluannya. Bukan tu saja, ada juga kedai Mee Kari Udang Galah D'sungai Batu Malim, Raub Pahang yang viral. Masa kami try makan di sana, Mee Kari Udang Galah tu habis pula. Tak ada rezeki nak try. Tandanya apa?......Tandanya kene datang lagi ke sini...Hehehehe. In Shaa Allah, jika diizinkan Allah, kami akan repeat lagi. Kalau malas sangat nak masak ke, pekena je kedai ready-to-eat tu, just hulur duit je lah!. 

11.00 malam tak leh nak gagah lama lagi. Semua masuk khemah masing-masing. Kalau sorang dah masuk, yang lain-lain mengikut je. Tak boleh nak stay up lebih-lebih, lagipun ni first time kami bercamping. Lagi pula, kami je sekeluarga kat tapak tu. Dah masuk khemah, semua terbanting, kecuali aku ngan en suami yang terkedip-kedip tak boleh tidur...mungkin sebab beralih rumah. Sampai jam 1.00 kalau tak silap, last sekali aku lah orang yang terlelap. Tak sedar dah.....

28 Jun 2025 / 2 Muharam 1447H

5.30 pagi dah terjaga bila telinga aku dengar zip khemah sebelah ditarik. "Siapa tu? Adik ke? Kakak ke? Angah ke?" aku tanya. "Nurul" jawab adik aku. Aku bangun sama. "Nak buat apa dik?"aku tanya lagi pada adik aku. "Tak boleh tidur dah"jawab adik aku. Maklumlah masing-masing excited. Terus kami ke meja kami letakkan barangan makanan kami, then mulalah sesi masak-memasak. Masuk azan subuh, seusai solat, aku terus tolong adik aku settlekan menu sarapan kami. 

Menu simple tapi mengenyangkan untuk kami berlima. Sambal sardin cili padi, nasi putih tanak, telur goreng sama bawang. Tengah memasak, Pak Man datang dengan tangan penuh sayur pucuk ubi kayu, masih segar bugar. "Makan sayur ubi tak?"tanya Pak Man dengan nafas tercungap tapi mulut tak lepas dari senyuman mesra. "Makan"jawab aku dan adik. "Nah, ambil ni. Buat makan, sedap"balas Pak Man. Aku ingatkan tu je, lepas tu dia keluarkan pula buah sebesar bola pingpong, ada yang kuning dan ada yang hijau dari poket seluarnya. "Teka buah apa ni?"tanya lagi Pak Man. Macam-macam nama buah keluar dari mulut aku, suami dan adik. Dua anak perempuan aku tersenyum je tak tahu. Kedondong, delima, bidara...semua salah. Lastnya, Pak Man jawab "Kundang". Ketawa besar kami. "Nah, ambil ni. Makan tak buah ni?"Pak Man bertanya ramah. "Makaaaannnn..."kami menjawab. "Ada lagi ni, nah ambil"sambil tangan Pak Man keluarkan lagi dari dalam poket seluarnya. Aku tersipu-sipu malu atas keramahan dan kemurahan hati Pak Man melayan kami sekeluarga. Murah rezeki Pak Man sekeluarga. Sempat dalam tu, aku bertanya Pak Man "Pakcik, kalau nak bunga kantan kat sebelah tu nanti boleh?". "Eh! Ambillah, banyak tu. Nanti pakcik ambilkan"balas Pak Man. Tersenyum lebar aku, memandangkan hasrat hati aku nakkan bunga kantan tu Allah kabulkan melalui cara ini, pada pertemuan tak dirancang ini. Subhanallah....indahnya sebuah suratan yang Kau catitkan Ya Allah...bukan tu sahaja. Benih bunga kantan tu pun Pak Man nak bagi. Allahu Akbar....terima kasih Allah.



Pagi tu, siap je menu masakan pagi kami, aktiviti seterusnya berdebur dalam air sungai sampai kecut mecut kulit semua. Mandi sampai puas. Mata merenung keindahan alam sekitar dan hati terus memanjat syukur yang dalam atas nikmatNya yang Dia berikan. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan. Cuma ianya lambat atau cepat sahaja...Subhanallah...

*Mendamaikan

1.00 tengahari. Puas mandi dan perut dah lapar, kami rehat seketika untuk azan zohor yang akan masuk sekejap lagi. Sambil tu, makan menu masakan kami yang dah siap dari pagi tadi. Aku terus mandi, bersihkan diri dan waktu ni satu kumpulan besar family mula datang ke tapak khemah. Suasana terus berubah riuh dengan suara kanak-kanak bergembira bermandi-manda. Aku ambil keputusan rehatkan badan memandangkan semalam malam tidak berapa nyenyak tidurnya. Dapatlah rehatkan badan sejam, terjaga pun sebab anak kedua aku masuk khemah aku dan tutup pintu khemah penuh. Naya aku, sebab panas terus, berpeluh-peluh. Tak jadi tidur lagi, terus bangun ke meja makan. Tapi keluar je, memang riuh rendah dah orang luar datang mandi-manda, makan-makan, bakar-bakar sekitar tapak perkhemahan. Kami just chill-chill je perhati semua pengunjung berseronok. Kami just lepak-lepak je sambil makan-makan dan duduk di atas pangkin buluh yang menghadap sungai. 

Seorang pun tak turun, sebab semua kawasan penuh. Anak Pak Man sempat berbual dengan suami, minta maaf sebab mungkin kami rasa tak selesa bila ramai. Encik suami kata tak mengapa. Memang camping site macam ni. Lupa pula nak cerita, dalam tempoh pengunjung ramai tu, kami ada jiran baru yang turut bermalam di tapak perkhemahan. Tak sempat berkenalan, dan say hi, nampak dia seorang sahaja. Memang Mirul ada cakap, nanti ada camper yang memang dah jadi pelanggan tetap Homestay Pak Man akan berkhemah di tapak sama. Oklah, ada jiran sebelah...Tengahari tu juga, kami bersuai kenal dengan pengunjung dari Selangor sekeluarga. Sempat bertaaruf dengan mereka. Asal suaminya dari Perak ke Kedah (tak ingat) tapi isterinya orang Terengganu (aku ingat sebab aku suka pergi Terengganu). Sangat ramah juga, dan baik hati, siap jamu kami beberapa cucuk sate yang mereka bakar pada kami. Allah...baiknya mereka yang Allah temukan dalam perjalanan ini...

6.00 petang. Langit mendung dan angin mula bertiup kuat. Semua pengunjung dah mula packing barang-barang makanan mereka, tikar dan berlari-lari ke kereta masing-masing, takutkan hujan yang mungkin turun bila-bila masa sahaja. Kita orang pula mula tersenyum sebab peluang kami nak teruskan aktiviti mandi manda. 

Tapak clear je dari orang ramai, kami terus sambung mandi. Main rakit sampai terbalik-terbalik rakit Pak Man kami kerjakan. Pengunjung lain tak ada pun main macam tu, tapi style kita orang ala-ala ekstrim sikit. Sampai semua jatuh dalam air....tak lah ekstrem. Tapi seronok dapat air mengalahkan budak-budak. Masuk jam 7.00 kami stop, sebab dah nak maghrib. Tak elok kan, terlalu suka sangat pada waktu-waktu macam tu. Kami mandi bersihkan diri then selesaikan yang mana wajib dan makan bersama. Menu simple-simple je. Ada roti canai segera, kami bakar dan makan dengan sambal sardin yang masih bersisa. Selebihnya anak-anak sukakan mee segera Korean style. Pekena Nescafe panas yang umph.....perut kenyang sampai malam. Biasalah, aktiviti karaoke kami sambung...dan sekali lagi, suara kami macam orang berbisik. Baik tak yah nyanyi...hahahahah. Teringat anak Pak Man cakap pada suami, tak dengar suara kita orang berkaraoke malam hari pertama tu. Tapi kita orang rasa dah macam kuat dah nyanyi...

10.00 malam, memang kalini betul-betul letih melenjan dalam sungai, kita orang masuk tidur awal. Karaoke ke mana, semua ke mana. Memang sunyi lepas tu dah masuk khemah. Sedar je dah jam 6.30 pagi. Pergh....

29 Jun 2025 / 3 Muharam 1447H

6.30 pagi, tak mandi lagi dah. Takut rambut basah sebab harini last day duduk di tapak camping. Hati mula sedih juga, sebab tempoh happy sakan ni dah come back as normal day esoknya. Dah nak mula kerja as usual, then mesti akan rindukan suasana tenang ni. Dah pasti....

Sarapan simple, telur scramble, kacang pool, then ada sambal sardin lagi. Cicah pula pucuk ubi yang Pak Man bagi tu, kami rebus je. Sedap dan yang penting kenyang! Pagi ni tak sempat nak masak air panas, sebab arang kami pakai cukup-cukup untuk masak menu pagi sebelum bertolak balik ke Melaka semula.

Sempat pandang lagi air sungai yang agak keruh, memandangkan malam tadi hujan sahaja. Tapi airnya tak deras dan dalam. Masih selamat untuk berenang dan mandi-mandi. Pak Man dah siap-siap cabutkan beberapa benih bunga kantan pada kami. Bunga kantan nak dekat 20 batang diberi dan benih bunga kantan lebih kurang 10 batang pun diberi. Allah...tersentuh sangat dengan kebaikan dan kemurahan hati mereka. Lama sangat aku nakkan benih bunga kantan ni. Sampai aku ada juga cuba semai pakai benih, tapi tak jadi. Lepastu ada juga cari online shop nak beli benih yang dah hidup, tapi mahal (ada yang jual sebantang RM32.00 dalam online) lepas tu takut tak jadi. Tapi Allah berikan dengan cara yang sangat unik ni. 'Nikmat Aku yang mana kau dustakan?'

*Sempat aku 'posing'kan pemberian bunga kantan & pucuk ubi Pak Man. Sambal sardin tu sekadar penyeri gambar, hehehe


Dalam nak bertolak balik sempat berbual dengan anak Pak Man, Mirul. Menceritakan cita-cita dan harapan dia pada tapak yang diusahakan olehnya bersama ayahnya ini. Dia ada memohon dana untuk memajukan lagi tapak perkhemahan mereka dalam masa terdekat. Dana telah dipohon dan hanya tunggu lulus sahaja. Sempat aku ceritakan juga anak-anak aku yang sulung tunggu keputusan UPU dan yang kedua SPM tahun ni. Mirul ada buka cerita, dia tak berniat nak sambung belajar selepas Diploma, tapi nak teruskan usaha bangunkan tapak perkhemahan di tanah Pak Man itu. Bayangkan usaha orang kampung yang sangat besar, dimana Mirul dan bapanya membina sendiri rakit, menebang rakit, membina rumah rakit dengan kudrat tangan sendiri. Terpegun aku...Masya Allah. Hajat untuk mendirikan rumah kayak atas air untuk pengunjung kelak dah terbayang depan mata. Sempat Mirul tunjukkan gambar rumah kayak yang pernah dia bina bersama bapanya sebelum ia dihanyutkan banjir lama dahulu. Besar harapan anak muda yang kami kenal dalam tempoh 3 hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan Mirul sekeluarga, dan konsisten terus berjaya. Aamiin....

Sebelum bergerak, akhirnya bertemu juga dengan isteri Pak Man. Kami bersalam kenal, dalam pada tu sempat hulurkan pada kami ketupat palas beku, ubi kayu yang siap disagat. Allahu Akbar...apa lagi ni. Tak boleh nak tolak keikhlasan mereka...aku terima sahaja, sebab bila ditolak mereka bersungguh menyorong kepadaku. Dah macam keluarga kami sendiri kebaikan mereka, sedangkan baru sahaja kenal. Aku balas juga dengan barangan makanan kami yang masih tak terusik, untuk buah tangan ringkas kami (next kalau ada rezeki, kami akan bawa buah tangan dari Melaka pula ya!). Tak terbalas kebaikan mereka...Allah sahaja layak membalasnya. Suami pula sempat kongsikan pada aku, Pak Man siap memeluknya sebelum berangkat pulang ke Melaka. Tepat sangat kan ayat yang Allah sebut dalam surah Al-Mulk: 15. Berfikirlah padaNya setiap saat, kau akan nampak setiap 'kehadiranNya' di setiap sedutan nafas kau, sehingga terasa kecukupan itu dan rezeki kau yang telah ditetapkan oleh Dia yang Maha Bijaksana.

*Sempat bergambar kenangan bersama Pak Man, tuan tanah Homestay & Chalet Pak Man Raub Pahang yang berbaju hitam di tengah

Sempat kami sekeluarga abadikan kenangan bersama dengan bergambar tanda kami dah sampai di site camping Homestay Pak Man, Raub Pahang. Budi baik kalian, akan sentiasa diingat dan didoakan kemurahan rezeki kalian dunia akhirat. Kami teruskan perjalanan pulang dengan hati berat, terus digagahkan demi kelangsungan episod kehidupan yang terus berputar selagi nyawa masih dikandung badan. Ada rezeki, kita jumpa lagi. In Shaa Allah.....

Next post aku akan share pula perjalanan balik kami singgah makan durian Karak yang power gilerrrrr...

Sampai bertemu kembali.












Comments

Popular Posts